SELAMAT DATANG, WELCOME, AHLAN WA SAHLAN BIKUM

Selamat membaca kepada semua. Blog ini adalah luahan pendapat komen ataupun cerita yang releven dengan kehidupan penulis dan mampu membentuk seketul daging bernama HATI yang diberikan oleh ALLAH kepada manusia untuk mngetahui erti sebuah perjalanan di atas jambatan siratolmustakim ini sebelum sampai ke duania ABADI.
BERSAMALAH LULUHKAN HATIMU.

Jumaat, 23 April 2010

PEPERIKSAAN DUNIA VS AKHIRAT

Demam peperiksaan bagi pelajar-pelajar UNIVERSITI bermula lagi apa tidaknya di tempat saya mengaji semua sibuk mentelaah pelajaran maklumlah nak dapatkan 4.00 daalam pointer mereka. tapi cujup ke dengan hanya dapat pointer tinggi kita dah dikira bagus dalam semua aspek kehidupan kita. Dapat pointer tinggi tu hanya untuk kejayaan dunia sahaja kat AKHIRAT nanti macam manalah kita agaknya ya? Dapatkah kita menjadi manusia yang setanding dengan EMPAT SAHABAT NABI.

Kalau rasa diri tu tak setaraf atau masih belum cukup ilmu sama-samalah kita mencari ilmu. Tidak salah mencari ilmu sampai ke umur tua. Tapi yang menjadi masalah dewasa ini ialah ramai diantara kita yang bangga dengan kejayaan akademik dunia dengan dapat 20A+ dalam SPM dan dapat semua A dalam PMR,SPM,DAN STPM. Tapi adakah kita sedar bagaimana pula kejayaan anak-anak kita dalam bidang AGMA?

Pernahkah kita sebagai pemimpim mereka menanyakan pasal SOLATNYA, AURATNYA, PERGAULANNYA, PERIBADINYA dan banyak lagi. Kalau kita tak ambil cakna semua tu adakah kita telah dikira melepasi tanggungjawab sebagai IBU DAN BAPA? INGAT...! DOSA MEREKA KITA YANG AKAN MENAGGUNGNYA. ATAS KELAILAIAN KITA.

JADI RENUNG-RENUNGKANLAH PEPERIKSAAN DUNIA VS AKHIRAT.

SIAPAKAH PERMATA ASLI KITA?


Semua orang yang hidup di atas dunia ini pasti ada ibu bapa. kalau tidak, manakan mungkin kita dapat melihat keindahan dunia ini kan. Dunia ini cantik, indah dan tersusun. Kerana itu semua adalah aturan ALLAH yang kita sendiri tidak dapat lakukannya.





Pernahkah kita mengimbau kembali kasih sayang kita kepada kedua IBU BAPA kita? Kalau anda semua belum mengimbaunya cepat-cepatlah menilainya kerana kita tidak tau bila mereka akan DIJEMPUT OLEH ALLAH SWT. Kerana mereka adalah SEBUTIR PERMATA ASLI yang ALLAH beri kepada kita. Jadi, jangan biarkan permata itu HILANG @ PECAH jatuh ke LANTAI. Kalau dah pecah macam manalah kita nak CANTUMKAN IA KEMBALI.

Apabila kita berjaya mencapai apa yang menjadi im[ian kita seperti menjejakkan kaki ke MENARA GADING, MEMILIKI HARTA KEKAYAAN, BERBAHAGIA DENGAN KELUARGA, MENJADI HAFIZ & HAFIZAH YANG BERJAYA, MENJADI IMAM atau apa sahaja yang DI REDHAI ALLAH kita mesti mengingati kedua IBU BAPA kita dan UCAPKAN PADANYA "TERIMA KASIH UMMI ABBI, MAK ABAH, PAPA MAMA, DLL KERANA DIDIK SAYA MENJADI INSAN YANG BERGUNA DAN SETERUSNYA BERJAYA DI DUNIA DAN AKHIRAT REDHAILAH SAYA".

DI MANAKAH KITA

Ramai diantara yang suka bangun di tengah malam semata2 untuk menunaikan solat hajat, solat tahajud, solat istiharah dan pelbagai lagi solat- solat sunat yang lain. Namun tidakkah kita sedar jika kita sering menjaga amalan itu tetapi perkara lain kita tinggalkan seperti kita tidak menjaga hati dan perasaan orang lain tambahan pula orang itu adalah kawan rapat kita sendiri.Tidakkah kita merasa bersalah? PADA ALLAH DAN MANUSIA.

Pada kita insan yang waras dan berakal sudah tentu kita akan merasa bersalah yang tidak terkata di atas tindakan kita itu. Sehingga kita mahu memohon ampun dan maaf kepada ALLAH DAN ORANG LAIN. Sebaliknya kita terus hanyut dengan sikap angkuh dan takabbur kita dengan kesalahan kita itu tanpa memikirkan kesan yang akan kita rasakan kelak.

"SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT AKHIRNYA JATUH JUGA KE TANAH." Itulah antara pepatah melayu lama yang paling tepat untuk menggambarkan betapa jeliknya kita jika kita tidak menjaga akidah dan akhlak kita di hadapan ALLAH DAN MANUSIA.

Khamis, 22 April 2010

PEMBUKA BICARA


ASSALAMUALAIKUM. salam terpuji kepada semua pelawat.

Pasti ramai yang tertanya2 APA MAKSUD LULUHKAN HATIMU ITU?
Sebenarnya maksud luluhkan hatimu tu adalah sebagai peringatan untuk diri saya sendiri dan kepada semua pembaca sahaja "Bahawa kita perlu sentiasa menundukkan, merendahkan, dan melemahkan hati kita daripada mengikut hawa nafsu yang boleh menggugat KEIMANAN DAN KETAKWAAN KITA, kepada ALLAH SWT. Di samping itu, supaya kita sentiasa berada di dalam keadaan SABAR walau apa jua halangan dan ujian yang di kurniakan oleh ALLAH kepada kita. kerana semua itu terdapat NIKMAT & RAHNAT-NYA YANG KITA TIDAK KETAHUI."

Semoga kita semua dapat memahaminya demi kebaikan bersama dan sebagai satu TANGGUNGJAWAB SAYA UNTUK MENASIHATI SAUDARA SEAGAMA...