SELAMAT DATANG, WELCOME, AHLAN WA SAHLAN BIKUM

Selamat membaca kepada semua. Blog ini adalah luahan pendapat komen ataupun cerita yang releven dengan kehidupan penulis dan mampu membentuk seketul daging bernama HATI yang diberikan oleh ALLAH kepada manusia untuk mngetahui erti sebuah perjalanan di atas jambatan siratolmustakim ini sebelum sampai ke duania ABADI.
BERSAMALAH LULUHKAN HATIMU.

Jumaat, 23 April 2010

DI MANAKAH KITA

Ramai diantara yang suka bangun di tengah malam semata2 untuk menunaikan solat hajat, solat tahajud, solat istiharah dan pelbagai lagi solat- solat sunat yang lain. Namun tidakkah kita sedar jika kita sering menjaga amalan itu tetapi perkara lain kita tinggalkan seperti kita tidak menjaga hati dan perasaan orang lain tambahan pula orang itu adalah kawan rapat kita sendiri.Tidakkah kita merasa bersalah? PADA ALLAH DAN MANUSIA.

Pada kita insan yang waras dan berakal sudah tentu kita akan merasa bersalah yang tidak terkata di atas tindakan kita itu. Sehingga kita mahu memohon ampun dan maaf kepada ALLAH DAN ORANG LAIN. Sebaliknya kita terus hanyut dengan sikap angkuh dan takabbur kita dengan kesalahan kita itu tanpa memikirkan kesan yang akan kita rasakan kelak.

"SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT AKHIRNYA JATUH JUGA KE TANAH." Itulah antara pepatah melayu lama yang paling tepat untuk menggambarkan betapa jeliknya kita jika kita tidak menjaga akidah dan akhlak kita di hadapan ALLAH DAN MANUSIA.

1 ulasan:

  1. sekiranya ini berkaitan dengan insan 'ganjil' UDM, maka kita doakan agar dia kembali ke pangkal jalan.Allah masih sayangkannya untuk terima taubatnya

    BalasPadam