
"MERDERA..! MERDEKA...! MERDERA..!"
Di luar bilik peperiksaan para pelajar mula berteriak menandakan perjuangan mereka dalam semester ini sudah berakhir mana tidak hari itu adalah kertas terakhir yang mereka duduki dalam minggu peperiksaan untuk semester ini. Maklum lah LAMBAIAN DESA kian mengganit hati dan minda mereka.
Para pelajar mula sibuk menyusun itulah inilah, kerana semua bilik asrama perlu dikosongkan untuk kegunaan orang luar. Apabila dah sudah berkemas tu mestilah nak balik kampung kan. pelajar2 kita ni macam2 ragamnya, dah habis exam dengan ragamnya, dah habis berkemas dengan ragamnya pula, lepas ni apa lagi?
Ini ragam nak pergi ke HENTIAN BAS MAJLIS BANDARAYA KUALA TERENGGANU (MBKT) pula. Yan menjadi persoalan pada saya pelajar perempuan ni tak pandai kemas barang ke? Mana tidaknya sorang saja dah sampai dua atau tiga beg besar. Lagi jadi masalah bila mereka salah susun beg dalam bonet bas, sampai pening pemandu dibuatnyaa. Dalam diberitahu supaya susun betul2 beg tu tapi masing2 buat endah tak endah saja arahan pemandu bas. Bukan apa setidak2 boleh lagi orang lain nak letak beg. Dari sebelah sahaja ruang untuk isikan beg pemandu terpaksa guna ruang yang sebelah lagi gara2 dah tak muat nak masukkan beg lain.
Bila dah berat sangat barang dalam bonet, bas pun jadi bertambah beratlah sampai enjin bas mati sekejap masa nak masukkan gear selepas lampu isayarat hijau.
Nak bawa balik barang banyak tak kisah tapi biarlah berpada dan janganlah sampai menyusahkan orang. Bawa balik apa yang perlu cukuplah ini tidak macam dah tak datang langsung semua barang yang nak dibawa balik. HABIS TU KENAPA TAK DIANGKUT AJE KATIL DAN ALMARI DALAM BILIK TU?
Jadi para pembaca semua janganlah kita buat cekodok kita saja ttapi fikir2kan juga bahagian orang lain supaya tak timbul masalh macam tadilah ya.
Orang lain dah ada kat rumah masing 2 atau paling tidak pun dalam perjalanan ke DESTINASI MEREKA. taapi saya masih ada di asrama lagi. TAK APA bukan masalah besar pun, saya ada program khidmat masyarakat di BESUT 7 MEI 10 ini. itulah sebabnya saya balik kampung lewat. Peringatan yang coretkan di atas sebagai peringatan kepada diri saya sendiri dan juga kepada semua pembaca yang saya kasihi sekelian. Untuk dijadikan tauladan dan PANDUAN HIDUP BAERSYARIAT.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan