SELAMAT DATANG, WELCOME, AHLAN WA SAHLAN BIKUM

Selamat membaca kepada semua. Blog ini adalah luahan pendapat komen ataupun cerita yang releven dengan kehidupan penulis dan mampu membentuk seketul daging bernama HATI yang diberikan oleh ALLAH kepada manusia untuk mngetahui erti sebuah perjalanan di atas jambatan siratolmustakim ini sebelum sampai ke duania ABADI.
BERSAMALAH LULUHKAN HATIMU.

Rabu, 19 Mei 2010

HIKMAH DATANGNYA UJIAN.

Setiap kali datangnya ujian janganlah kita merasa kecewa atau merendah diri tapi terimalah apa jua yang berlaku dengan redha.
Kalau kita redha pasti ujian itu lebih bermakna lagi dalam hidup kita kerana disebalik ujian itu terselit banyak hikmah yang tidak kita ketahui yang ujian itu akan membantu kita untuk mematangkan diri kita pada masa akan datang.


Dengan ujian juga kita boleh menilai sejauh mana kebolehan dan keupayaan diri kita untuk menghadapinya segala ujian yang telah di Izinkan oleh-Nya kepada kita. Melalui penurunan ujian kepada kita juga ianya mampu memberi kesedaran kepada kita supaya mengubah segala sifat dan sikap yang negatif yang bersemadi dalam diri kita, samaada dari azali atau tanpa kita sedari kewujudannya.

1 ulasan: