Sungguh aku tak menyangka masa yang membawa aku ke tahap yang lebih tinggi ini telah membawa aku mengelilingi dunia kehidupanku. Tidak terasa sudah jauh aku mengembara dalam mencari erti hidup, persahabatan dan juga kasih sayang sesama insan.
Di dalam kerancakkan orang menggunakan facebook yang telah mencetuskan fenomina kelalaian. aku turut terjerat dengan ajakkan yang tak pernah putus-putus oleh orang disekelilingku sehingga aku turut memilikinya. Keputusanku untuk membukanya aku lakukan setelah puas aku fikirkan berbagai kesan baik buruknya aku menggunakannya.
Dari satu sudut iaitu positif ianya mampu mengembalikan ikatan persahabatan atau persaudaran kita sesama insan, kerana didalam aku mencari rakan yang aku kenali aku telah di ketemukan dengan saudaraku sendiri yang telah dicadangkan oleh kakakku yang juga memiliki facebook. Serba sedikit mengenai saudaraku itu telah aku ketahui melalui berita yang disampaikan oleh ibuku tempoh hari.
Di saat aku melanjutkan pengajian di peringkat ijazah, aku ketahui saudara ku itu bakal melangsungkan majlis pernikahannya. Setahu aku dia bary berusia 20 tahun dan sebaya denganku, terdetik di hati kalbuku "adakah dia sudah tidak berminat lagi untuk mencari ilmu?".
Pada hemat akalku sepatutnya dalam usia sepertinya alangkah moleknya jika dia belajar dahulu. namun sudah kehendaknya untuk berrumahtangga apa lagi yang hendak dilarang.
Dalam masa yang sama aku terkenang zaman dibangku sekolah rendah, saudaraku ini suka mengejek ku,hanya kerana aku memiliki sifat yang lemah. aku lawan juga ejekkannya dengan belajar dengan gigih. sebagai balasan kejayaanku aku mendapat 1A2B2C dalam UPSR mengatasi keputusannya. Sejak dari itulah hubungan kami agak renggang kerana dia malu melihat kemampuanku dalam mencari ilmu dengan ikhlas.
Ingatlah wahai insan yang diberikan nikmat sekalian, jangan mudah berasa bangga dengan kelebihan dan keupayaan yang ada tapi ingatlan juga keberkatan usaha yang sedikit dari orang lain kerana itulah sumber kejayaannya. jangan mudah mengata orang kelak badan merana. ingat juga semakin jauh kita lari dari orang semakin dekat ALLAH hubungkan kita. RENUNGKANLAH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan